26 August 2011

kek batik

bismillah...
so, recently i just made a kek batik thanks to internet... it was awesome to make this thing. well... as you can see... the texture is sux but nevertheless.. the taste was great. the choc was very creamy #well.. sampi saket tekak mkn. tp pape pon sedap la.... so here's the result.
 

...........................................................................................................................................................
for the ways to cook it.... i just share it. :)

 Bahan-bahan:

  • Biskut marie ; sebungkus (dalam gambar ni 2 bungkus sebab nak buat 2 kali)
  • Butter ; 1/2 buku
  • Milo ; 5 cawan (biasa orang guna choc. tapi guna milo lagi sedap kot)
  • Susu sejat ; 1/2 cawan
  • Susu pekat ; 1/2 cawan
  • Telur ; sebiji (optional. tak guna pun takpa)


Cara membuat:
  1. Patah-patahkan biskut marie. Patah 2 atau 4 pun cukup kot.
    biskut marie
  2. Cairkan butter dalam periuk (perlu tak tulis dalam periuk?)
  3. Masukkan telur sebiji; pakai api kecil
  4. Sebelum telur tu masak, cepat2 masukkan milo, susu sejat dan susu pekat secara bergilir-gilir dan berselang-seli.
  5. Kacau je bahan campuran tu sampai jadi macam chocolate cream
    yang ni chocolate cream dia macam keras + tak jadi sangat sebab lupa nak kecilkan api dan telur dah termasak sikit :P
  6. Tutup api. Masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan tadi ke dalam chocolate cream dalam periuk tu.
  7. Kacau/gaul biskut marie dengan krim coklat tu sampai rata.
  8. Masukkan biskut marie yang telah disaluti krim coklat ke dalam bekas / loyang / tupperware , etc. Mampat-mampatkan dia.
  9. masukkan dalam bekas. Saya alas bekas dengan plastik supaya nanti senang nak keluarkan kek tu dari bekas untuk dipotong.
  10. Biarkan sampai dah sejuk sikit, kemudian simpanlah di dalam peti sejuk anda.
  11. kek batik yang telah dimampatkan, menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam fridge.
  12. Dalam 3-4 jam selepas tu, dah boleh dipotong dan dimakan :)

No comments: