17 September 2009

Episode 1

Benarkah aku Khadijahmu?

Angin pagi bertiup damai. Sedamai hatiku yg kudus dan tenang. Jam berbentuk hati menunjukkan angka 7. Mungkin sudah satu jam lamanya aku berdiri di sebalik jendela berhiaskan langsir krim ini. Aku merenung jauh. merenung penuh. Kadang2, renunganku sedih, hiba dan beremosi. Kadang pula, renunganku bercahaya, berbahagia, bermakna...

Sebagai seorg pelajar dan mahasiswi, aku selalu dicemburui. terutama di kalangan para pensyarahku. mereka mencemburui nikmat masaku. berlumba-lumba mereka mengirim assignment padaku. juga pada rakan2 seperjuanganku. hmm.. mana mungkin kami mengeluh. walaupon itu biasa aku lakukan. nmun sejauh mne mereka mdgr kluhan kami..makin dikeluh..makin mnmbun kerjanya. nmun..itu la yg hrus kami byr apabila menggalas gelaran mahasiswi mahupon mahasiswa.

" Khadijah, jom kite trun sarapan," pelawa sahabat karibku, Indah.

"Saya puasalah Indah. Indah ajak wardah ye," balasku.

"Haik?. Awak puasa ape pulak ni. bkn rmadhan lambat lagi ke?" tnya Indah smbil mengerutkan dahinya. Comel sahabatku ini. Seindah namanya..

"Em..saya puasa ehem2 la Indah," balasku smbil tersenyum.

"Oppss..got it dear. sorry for asking," Indah mengenyitkan matanya.


Aku tersenyum..

"Wardah.cepatla wardah. dah nak tutup kedai mak cik tu"..jerit Indah.


Indah.Wardah.Sahabatku yg tercinta.Aku mengenali mereka sedari kecil lagi. mereka teman sepermainanku. Kami dahulunya jagohan kampung. sebut sahaja nama kami bertiga. Semua mengenali kami. terutama pak jabir. Masakan die lupa akan kami. Aku tersenyum teringatkan memori ktika mana Pak jabir mmbaling kami dgn selipar jepunnya swktu kami mencuri buah jambu di kebunnya. Lucu melihat gelagat pak Jabir mengomel2 smbil mengejar kami. Nakalnya kami bertiga ketika itu hanya Tuhan yg tahu. Aku tersenyum lagi..


namun itu hanya memori 11tahun yang lalu.Aku kini antara jutaan pemilik umur berpangkalkan angka dua dihadapan.Kali ini aku berhenti merenung. Sebaliknya aku bermuhasabah.

Kring Kring! Kring Kring!

Lamunanku terhenti. Segera aku menghampiri meja makan bulat dan mencapai telefon bimbitku. Hanya beberapa angka yang tertera. Nyata pemanggilnya bukan seseorg yg rapat denganku.

"Assalamualaikum, Hello." ucapku bagi memuliakan pemanggilku itu.

"Waalaikummussalam..Cahaya.." balasnya

Aku tersentak.

Dia! Hanya dia memanggilku cahaya.

Untuk apa die kembali. Ya Allah..Berikan aku kekuatan..


Akan bersambung...
Cahaya Khadijah E1

No comments: